Selepas dua tahun diraikan dalam suasana penuh kesederhanaan akibat pandemik COVID-19, sambutan Syawal tahun ini kembali meriah.
Walaupun ramai yang masih terkejut dengan pengumuman raya yang jatuh hari ini.. Namun aneka fesyen busana Aidilfitri berwarna-warni kembali digayakan.
Aktiviti kunjung mengunjung, ziarah menziarahi kembali dihidupkan.
Dan paling penting masjid dipenuhi dengan jemaah yang mahu menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Ikuti rangkuman sambutan pagi satu Syawal di beberapa negeri.